counter

Minggu, 04 Agustus 2013

Review Game Real Racing 3 Android

real racing 3

 Real Racing (RR) merupakan game lumba kereta yang cukup popular di pelantar iOS, Android dan juga Mac. Dibina oleh Firemonkeys dan diterbitkan oleh EA, siri Real Racing boleh dikatakan hampir sama dengan siri Gran Turismo daripada Sony, iaitu memfokuskan kepada simulasi perlumbaan kereta sebenar dan lebih realistik berbanding siri Asphalt dan Need for Speed.

Untuk siri terbaru Real Racing 3, Firemonkeys dan EA menimbulkan kontroversi dan kemarahan peminat
setia RR kerana ia merupakan permainan freemium dan bukan lagi permainan berbayar. Jadi, apa masalahnya dengan permainan freemium ini?


Real Racing 3 Review

Dahulu, anda perlu membeli game Real Racing 1 dan Real Racing 2 daripada App Store untuk bermain. Namun, untuk Real Racing 3, pengguna boleh memuat turun secara percuma daripada App Store tanpa sebarang bayaran.

real racing 3a

Bezanya, RR1 dan RR2 anda hanya perlu membayar jumlah yang telah ditetapkan, contohnya $0.99 iaitu RM3+ untuk bermain game dari awal sampai habis. Permainan freemium pula mempunyai sistem untuk menjerat duit pemain untuk unlock kereta, stages, repair kereta dan sebagainya. Malah, sistem IAP (In App Purchase) dalam Real Racing 3 mampu membuatkan pemain terpaksa menghabiskan ratusan ringgit semata-mata untuk mendapatkan semua items dan menghabiskan permainan.

real racing 3b

Beli kereta kena pakai duit, lepas tu kena pula menunggu untuk delivery.

real racing 3 review
Dah beli kereta mahal-mahal, terpaksa pula bayar lagi untuk cepatkan tempoh delivery. Kalau tak, terpaksa menunggu sehingga lebih 24 jam baru boleh main.

real racing 3 review[7]

Dari segi gameplay dan visual, Real Racing 3 menjanjikan grafik yang sangat cantik, lebih-lebih lagi bila dimainkan pada iPad Retina Display dan iPhone 5.
Agak menghampakan juga kerana tiada fungsi berlumba bersama rakan anda kerana ianya digantikan dengan fungsi Time-Shifted Multiplayer (TSM). Secara ringkas, TSM umpama berlumba dengan “ghost” kepada rakan anda biarpun ketika itu rakan anda tidak bermain game tersebut.
Review jujur Real Racing 3 selepas menghabiskan beberapa jam bermain;
+ Graphic cantik
+ Pengawalan dan gameplay terbaik dalam kelasnya
- Sistem In-App Purchase mencacatkan permainan yang sepatutnya dalam kategori AAA
Sebagai peminat siri Real Racing, agak menghampakan kerana Real Racing 3 adalah freemium game dan jelas nampak di sini, EA dan Firemonkeys terlalu tamak untuk menjana keuntungan daripada In App Purchase. Setelah bermain banyak permainan free-to-play/freemium…kebanyakannya mengecewakan dan boleh dikatakan sistem ini memusnahkan keseronokan bermain game.

Ditulis Oleh : Rizky

Selladrt Sobat sedang membaca artikel tentang Review Game Real Racing 3 Android. Oleh Admin, Sobat diperbolehkan mengcopy paste atau menyebar-luaskan artikel ini. Silakan di rubah dan sesuwekan sesuka selera sobat

:: Kunjungi Sumbernya ::

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Followers

Top Komentar

Total Tayangan Halaman

Playboy Pink